Harini wife aku kena pegi ke pejabat. Maka aku sekali lagi telah menjadi penjaga bayi yang terhormat :)

Kesempatan ini aku ambil bagi menulis pengalaman masa pergi bercuti tempohari.

Hari Pertama (Rabu)

Pagi rabu, aku rancang untuk bertolak keluar dari rumah seawal jam 4.30 pagi, tetapi disebabkan pada sebelah malamnya anak aku tidak mahu tidur awal, aku telah bertolak hanya pada jam 5.30 pagi. Itu pun terpaksa berpatah balik kerana ada barang yang tertinggal. Perjalanan di awal pagi amat seronok kerana sistem aircond yang sudah dibaiki dan tidak banyak kenderaan di lebuhraya,

Aku singgah di perhentian rehat Seremban sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi tujuan. Aku selamat tiba ke destinasi tujuan hanya berpandukan arahan yang aku perolehi dari rakan yang mana kampung isterinya di sana. Kami sampai sekitar jam 10.00 pagi.

Kami meninjau aktiviti yang akan dilakukan di sana pada hari Khamis sebelum membeli tiket feri/bot. Selepas segala urusan selesai, kami menikmati sarapan di bandar Mersing sebelum menaiki bot ke Pulau Tioman. Ya, itulah destinasi percutian kami.

Ini merupakan kali ke dua kami ke sini setelah datang untuk kali pertama pada tahun 2004. Perjalanan dengan bot mengambil masa hampir 2 jam. Keadaan laut agak bergelora dan sedikit sebanyak menyebabkan aku ‘mabuk laut. Tapi tak teruk sangat sampai muntah. Anak aku muntah. Mungkin sebab tak pernah naik bot yang mengambl masa agak lama.

Kami sampai ke tempat penginapan hampir jam 2 petang. Banyak perubahan sejak 4 tahun lepas. Hujan baru saja berhenti semasa kami sampai. Jeti perhentian di tempat penginapan sudah tidak menjadi tempat perhentian bagi bot/feri yang datang dari Mersing. Ia telah digantikan dengan jeti yang baru di kampung Tekek.

Perjalanan dengan ‘bas’ dari kampung Tekek ke tempat penginapan mengambil masa 5 minit. Setelah selesai urusan ‘check-in’ kami berehat sebelum keluar bersiar-siar di kawasan tempat penginapan.

Pada sebelah petang, kami bersiar-siar di tepi pantai walaupun cuaca agak tidak mengizinkan kerana hujan akan turun bila-bila masa. Aku bawa anakbermain di tepi pantai, letak dia atas pasir, bagi berdiri, tapi dia tak mahu. Mungkin geli agaknya ! Lepas tu bawa dia ke dalam air, juga dia meraung ! Hujan turun kemudiannya. Kami berehat menunggu masa hujan berhenti sebelum keluar makan malam.

Jika dulu, kami terpaksa mendapatkan khidmat pemandu ‘teksi sapu’ bagi membawa kami ke kawasan kampung untuk mendapatkan makanan, tetapi sekarang tidak lagi. Ada kedai makan yang terletak di luar kawasan resot. Kami hanya berjalan kaki ke sana.

Harga makanan agak mahal di sini. Itu sudah semestinya. Walaupun mahal, kuantiti makanan adalah banyak dan mengeyangkan. Lepas makan, kami balik ke resot dan menempah penjaga bagi menjaga anak semasa kami menjalankan aktiviti esok.

Hari ke 2 (Khamis)

Pagi, pukul 4.00, anak aku tiba-tiba menangis. Bila aku periksa, badan dia panas. Mungkin mabuk laut ataupun terkejut aku main-mainkan dia dekat pantai petang tadi. Aku tak panik sangat sebab ubat memang dah disediakan. Tapi dah dekat 1/2 jam tapi suhu badan dia tak turun juga. Kami telefon doktor di resot dan minta ubat bontot. Tapi, dalam pukul 5 pagi, suhu badan anak aku dah turun dan tidak ada apa-apa lagi berlaku selepas tu. Hujan turun agak lebat pada sebelah pagi.

Jam 8 pagi, hujan masih lagi turun. Aku dapatkan orang yang akan membawa kami untuk snorking dan katanya tunggu hingga hujan berhenti. Dekat pukul 9.30 pagi baru hujan berhenti. Kami tinggalkan anak kepada penjaga yang telah kami tempah malam sebelumnya. Perjalanan ke perhentian pertama dari resot agak tidak selesa kerana laut masih bergelora walaupun tidak begitu kuat.

Tempat-tempat seterusnya, tidak menjadi masalah lagi kerana hujan telah berhenti dan laut menjadi semakin tenang. Persekitaran laut di kawasan kami melakukan aktiviti snorkeling masih tidak berubah seperti 4 tahun lepas. Cuma pembangunan di kampung-kampung di pulau ini sahaja yang semakin rancak. Harapan kami, semoga laut di kawasan ini masih lagi di pelihara walaupun adanya pembangunan.

Suatu perkara yang seronok pada masa ini, walaupun di tengah lautan, liputan 3G amat bagus sekali dan kami telah membuat hubungan video dengan anak saudara kami di KL untuk menunjukkan betapa cantiknya kawasan ini.

Aktiviti kami habis sekitar jam 5 petang. Sungguh menyeronokkan. Kami akan datang lagi ke sini. Tetapi tak tahu bila lagi. :) Anak kami sudah tak dema dan tidak ada masalah dengan penjaganya semasa kami tinggalkan. Ketika kami sampai, dia masih tidur.

Pada sebelah petang, kami makan di kedai yang sama. Malas nak keluar jauh ke dalam kampung kerana kemudahan dah ada di kawasan berdekatan. Sebaik sahaja lepas makan malam, hujan turun lagi. Kami duduk di tempat penginapan saja. Bosan pula jadinya. Sebelum kami datang ke sini, dah kami periksa keadaan cuaca dan sebagainya amat baik sekali. Tapi biasalah, kuasa Tuhan. Kita tidak dapat menolaknya.

Siaran TV pula tidak begitu baik kerana ia masih lagi dalam proses pembaikan dan penambahan saluran rancangan. Jadi macam orang dungu sekejap :)

Hari Terakhir (Jumaat)

Kami bersiap seawal mungkin untuk bertolak dengan bot/feri paling awal ke Mersing. Besoknya isteriku terpaksa ke pejabat. Bot/feri agak lambat dari Tioman ke Mersing berbanding sebaliknya. Hampir 1 jam lebih kami menunggu baru nampak kelibatnya.

Jika semasa datang kami menggunakan lebuhraya dan keluar melalui Ayer Hitam, tetapi sebelah baliknya kami melalui Muazam Shah - Seremban - KL. Lepas ni kalau pergi lagi, aku rasa akan pergi dan balik ikut jalan KL - Ayer Hitam, Ayer Hitam - KL. Rasanya jalan tersebut lebih selamat berbanding Muazam Shah - Seremban - KL yang terpaksa kami tempuhi kawasan Bukit Putus.

Secara keseluruhan percutian ini agak ’spoil’ kerana hujan dan anak aku yang demam. Ditambah pula dengan siaran TV yang agak mengecewakan. Selebihnya tak ada apa komen. :) Perjalanan pergi dan balik lancar tanpa sebarang masalah.

Untuk gambar percutian kami, boleh lungsuri di sini.

Shutterstock Stock Photo Keyword Search:

Search Terms: