Putrajaya - Kuala Terengganu
Kelmarin, kami sekeluarga pergi ke Kuala Terengganu bagi menziarahi ibu saudara wife yang terlibat dalam kemalangan. Kami memulakan perjalanan agak lewat, kira-kira jam 10.30 pagi; selepas sarapan pagi di Presint 8. Perjalanan terhenti seketika kerana perut yang memulas dan anak yang perlu diuruskan (buang air besar lah pulak).
Kami tiba di Kuala Terengganu sekitar jam 5.00 petang melalui Lebuhraya Pantai Timur, dan jalan tepi pantai untuk ke sana. Melihatkan keadaan cuaca yang elok serta pantai yang cantik, kami membuat keputusan untuk balik ke KL juga melalui jalan yang sama.
Kuala Terengganu - Kota Bharu
Selepas menziarahi ibu saudara wife, kami bertolak dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, juga agak lewat; dan hanya sampai di Kota Bharu sekitar jam 10.00 malam. Perjalanan agak mengerikan kerana jalan yang kami lalui dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu macam tak best jer. Jalan dah la gelap, lepas tu, ada pula sebahagian jalan yang masih dalam pembinaan, yang mana jalan agak teruk. Kenderaan yang lalu kawasan tersebut jugak agak sedikit.
Setelah disemak semula, rupanya jalan yang kami lalui tu terkeluar dari peta yang sepatutnya kami lalu, patutlah lain macam je
Kota Bharu - Kuala Terengganu - Putrajaya
Perjalanan balik ke KL pagi tadi, juga melalui jalan pantai dengan mengekori bapa mertuaku. Kali ini, perjalanan melalui pantai Bachok (Pantai Irama), Tok Bali, Penarik dan seterusnya Kuala Terengganu. Ini merupakan jalan yang sepatutnya kami lalui ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu.
Kami singgah sebentar di Pantai Merang bagi mengambil gambar. Selepas singgah melawat ibu saudara wife untuk kali ke 2, kami meneruskan perjalanan ke KL. Sekali lagi kami singgah di kawasan Kemasik bagi mengambil gambar. Gambar-gambar tersebut boleh dilayari di laman flickr.
Kami singgah lagi di beberapa tempat yang menjual hasil-hasil tangan untuk membeli ‘kuda rotan’ untuk anak. Pada kedai yang pertama kami singgah, ternampak seekor ‘kuda rotan’ lalu bertanya kepada anak samada nak atau tak, biasalah, mesti lah nak. Tapi, buatan kuda tersebut agak tidak memuaskan. Bila saja kami angkat dia dari kuda tu, meraung-raung dia nak kan kuda tu. Bila berhenti di tempat ke 2 yang juga menjual kuda, aku sorang je turun kereta, tapi harga agak tidak memuaskan, lalu kami ke tempat ke 3. Semasa berhenti di tempat ke 2, anak aku siap minta Uminya buka pintu untuk turun sekali (pandai kan ? - hua hua hua). Akhirnya terbelilah seekor ‘kuda rotan’ di tempat ke 3.
Kami sampai di KL lebih kurang jam 10.00 malam. Walaupun masa perjalanan lebih lama berbanding jika melalui jalan Gua Musang, tapi ia tidak begitu meletihkan.
Puasa
Di kesempatan yang ada ini, kami ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada Muslimin dan Muslimat.

Entries (RSS)