Posted by: khai in Kids, MQD
Balik dari kerja tadi Q masih belum ok lagi demamnya. Terus direndam dalam besen bagi mengurangkan suhu yang agak tinggi. Lepas tu, bagi dia makan ubat demam.
Nampak macam dia demam sebab ada sesuatu kat dalam mulut dia yang sakit. Mata pun dah tak boleh bukak. Berat dan mungkin sebab kepanasan gamaknya.
Lepas bagi ubat demam, suhuh masih macam tu lagi, tak berkurang, makanya ingat nak ke hospital nanti. Tapi biar lewat sikit.
Share
No Comments »
Nak tanya korang. Korang langgan plan data tak untuk telefon pintar korang?
Kalau ada, plan yang mana satu korang langgan dan dari syarikat telekomunikasi mana? Apa kelebihan yang membuatkan korang melanggan plan fersebut? (selling point telco provider)
Share
No Comments »
Macam mana korang jaga bateri telefon bimbit korang?
Ini cara aku lah. Apa yang aku buat, pertama kali dapat telefon dari kedai, aku akan pakai sampai habis baterinya. Setelah abis, aku akan charge sampai penuh. Kemudian, terus matikan bekalan kuasa dari charger.
Bila dah guna, aku akan guna sampai bateri tinggal 10%, baru aku charge semula. Dengan cara ini aku dapat kekalkan kuasa bateri telefon bimbit aku selama yang mungkin.
Sebulan sekali, aku akan gunakan telefon sampai baterinya habis betul(sampai padam dengan sendirinya). Lepas padam aku akan biarkan seketika sebelum mula mengecasnya.
Jangan sekali kali biarkan charger terpasang semalaman dan bersambung di telefon. Ini mungkin akan menyebabkan cip di dalam felefon cepat rosak.
Sekian. Terima kasih.
Share
No Comments »
Siang tadi duk main main dengan sim card from UK dan dapati yang ia boleh masuk terus ke dalam iPhone dengan line sekali.
Maksud sekarang, iPhone 3G[S] yang dijual Maxis ni, boleh masuk sim card dari UK dan Australia tanpa perlu unlock.
Nanti saya akan cuba masukkan ke dalam iPhone 3G pula dan tengok macam mana hasilnya.





Share
No Comments »