>

Archive for June, 2009

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada…lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang…ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

— baru kejap tadi dapat berita dari adik yang tok wan dah tak ada. Innalillah…

Share

ada satu lagi utiliti untuk memantau penggunaan trafik di dalam server.
contoh kat sini vnStat

Share

Harini baru belajar dengan teliti macam mana nak menggunakan RRD. Sebelum ni main salin dan tampal saja dari laman web orang lain. Tak mahu belajar dan ambil mudah. Tetapi harini, tah semangat apa yang merasuk, aku dah berjaya membuat RRD dan gambar sendiri untuk maklumat yang aku ingin monitor.

Alhamdulillah, tak lah sesusah mana pun. Cuma keinginan untuk belajar pada ketika itu belum ada.

Berikut adalah contoh maklumat yang dipantau. Wiki akan disediakan tak lama lagi selepas selesai wiki tentang asterisk dilaksanakan.

Suhu

Suhu

Graf di atas adalah data terkini pada waktu anda membaca posting ini. Klik pada graf untuk saiz besar.

Share

Pagi-pagi masa nak pegi kerja tadi MND ajak pergi pasar malam. Mana ada pasar malam pagi-pagi buta ni. Siap meraung-raung nak pergi juga pasar malam. Dah bagi tau petangĀ  balik kerja nanti baru pergi k4, baru dia diam.

Makanya balik kerja tadi, teruslah kami ke k4. Dah janji kan. Kalau tak pegi nanti, mesti dia akan tuntut. Dah pegi K4, MND tengok ada kapal terbang jet kat Speedy, katanya nak tengok. Dah lama dia asik nak tengok aje. Kebetulan ada CD yang nak dibeli, boleh la beli jet tu. Bila dah beli, muka dia cukup suka, tersengih je bila dapat.

Balik pun suruh makan, banyak dia makan. Dah lepas makan baru dia main. Budak -budak ni kena saiko sikit. Baru diaorang nak ikut cakap.

Lagipun, kesian kat dia. Dah lama dia nak kapal terbang tu.

Share

Hampir semua data telah dimasukkan semula ke dalam cakera keras yang baru. 90% dari sistem ini telah berjaya diselamatkan dan dilaksanakan semula termasuklah perkhidmatan wayarles, internet gateway dan juga VoIP.

Beberapa laman lagi masih dalam proses pembaik pulihan secara perlahan-lahan.

Share
Shutterstock Stock Photo Keyword Search:

Search Terms: