Harini dah boleh keluar wad. Keadaan dah semakin sihat walaupun ada saki baki selsema. Alhamdulillah, tak ada perkara buruk berlaku. Follow-up 1 Jun.
Archive for May, 2009MND yang demam teruk sampai lembik kami masukkan ke wad pagi tadi, dalam jam 1 pagi. Adik pula demam panas. Bilik single tak ada. Terpaksa duduk di bilik double. Semasa doktor membuat lawatan sebelah pagi, dia kata adik juga kemungkinan terpaksa dimasukkan ke wad sekiranya keadaanya tidak berubah di belah tengahari. Urusan untuk memasukkan adik ke wad dilakukan sekitar jam 3 petang. Penghuni yang seorang lagi dah keluar dari wad. Makanya, adik juga dimasukkan ke wad dan jadi la bilik yang besar untuk 2 orang yang dimasukkan ke wad. Sungguh meletihkan kerana kedua-duanya tidak sihat dan sentiasa merengek. Tadi berlangsung majlis makan malam bagi jabatan wife aku. Sebelah siang hari keluarga. Sebelah malam, majlis makan malam dan persembahan. Macam majlis-majlis yang biasa dihadiri. Persembahan yang mencacatkan majlis tidak terlepas dari ingatan. Hari ni merupakan hari keluarga di jabatan wife. Tujuan pergi nak tengok aktiviti yang dilaksanakan. Sedang seronok acara pertama berlangsung, air water sprinkler dipasang. Ingatkan itu adalah gimmik. Tapi dah dekat beberapa minit, tak juga dipadamkan. Habis basah anak-anak yang sedang tidur. Kami terus ambil keputusan untuk beredar dari situ. Sungguh rosak majlis itu. Perancangan yang tidak teliti. Harus di ingat, perkara sekecil itu mungkin menyebabkan keseluruhan majlis menjadi gagal. Kad FXO dan juga telefonaku dah sampai. Serentak pada hari yang sama. Tadi singgah sebentar kat pejabat bagi mengambil barangan tersebut. Semasa singgah, ramai juga yang bertanya tentang kaki MND. Banyak betul soalan yang perlu dan tak perlu dijawap. |

Entries (RSS)