Penat… itulah yang terpacul dalam kotak pemikiran nieh. Ini merupakan tag-along pertama aku dengan adik aku untuk ambil gambar kahwin kat Klang. Pengantin lelaki merupakan kawan kepada adik aku dan sama-sama menjadi jiran kami di Jitra. Tetapi sekarang keluarga mereka dah pindah balik ke Perak kerana bapa dia dah pencen.
Semalam dari jam 11.00 sampai petang (lebih kurang jam 5). Seharian kat Klang. Ambil gambar majlis nikah. Cuaca hari tu panas terik, tetapi dalam perjalanan balik, hujan lebat tak hengat dunia.
Sebelah malam merupakan majlis berinai, tapi aku malas nak pegi. Adik aku pegi dengan kawan dia saja, tapi guna kamera aku.
Pagi tadi pula dari pagi sampai petang juga. Majlis kenduri dan ‘outdoor’ photography. Buat ‘outdoor’ kat Tanjung Harapan. Balik rumah dah kat nak maghrib. Lepas maghrib terus hantar adik aku ke Hentian Kajang untuk naik bas balik ke Kedah.
Share

Entries (RSS)