>

Archive for February 28th, 2009

Dalam penghujung bulan Januari sehingga penghujung bulan Febuari. beberapa siri kerja penyelenggaraan telah dilaksanakan bagi menaik taraf servis yang kami tawarkan kepada pengguna. Satu minggu ada 2 kali kerja penyelenggaraan. Cuba bayangkan jikalau ada 5-8 minggu ?

Kerja-kerja tersebut dilaksanakan setiap hari Selasa dan Khamis (12 tengah malam hari tersebut) sehingga jam 6 pagi). Kami hanya pulang ke rumah untuk mandi setelah selesai kerja-kerja tersebut dilaksanakan. Iaitu antar jam 6-8 pagi. Sekurang-kurangnya jam 8.30 pagi dah terpacak semula di pejabat bagi melaksanakan tugasan harian pada hari Selasa dan Kamis tersebut.

Bayangkanlah betapa letih dan mengantuknya pada ketika itu. Mana taknya, hari Isnin, jam 6 pagi dah bangun untuk kerja hari tersetbut. Waktu bekerja dari 8.30 pagi sehingga 5.30 petang. Tetapi kami bukannya balik tepat jam 5.30 petang. Kadang – kadang jam 6.30 petang, selalunya jam 7.30 malam.

Dah sampai rumah, berkemas untuk ke pejabat semula. Jam 11.00 malam dah bergeran semula ke pejabat. Antara jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam adalah masa untuk makan, tengok berita dan sebagainya. Tak boleh tidur. Kalau tidur, mesti tak pergi untuk kerja penyelenggaraan tersebut.

Pukul 12.00 tengah malam sehingga 6.00 pagi hari Selasa adalah waktu kerja penyelenggaraan. 6.00 pagi – 8.00 pagi waktu untuk balik dan mandi. 8.30 pagi dah mula waktu bekerja hari Selasa, dan balik hanya pada jam 7.30 malam. Begitu juga hari Rabu – Khamis. Waktu rehat antara Isnin – Selasa hanyalah pada malam Selasa antara jam 8.00 malam hingga 6.00 pagi. Begitu juga untuk hari Rabu – Khamis.

Waktu untuk rehat pada hari bekerja hanyalah pada hari Selasa dan Khamis malam sahaja. Begitu memenatkan, tetapi tiada siapa yang peduli. Pada mereka, itu ada lah kerja dan bayaran setimpal akan diterima selepas dibuat tuntutan. Tiada peri kemanusiaan. Hanya mereka yang memahai sahaja dapat merasakan betapa penatnya kami.

Walau demikian, dek kerana minat bekerja kami tak kisah. Tapi cubalah tanamkan sifat peri-kemanusiaan sikit.

Share
Shutterstock Stock Photo Keyword Search:

Search Terms: