>

Archive for January, 2009

Semasa mencari maklumat tentang rangkaian kami dahulu, aku terjumpa laman ini yang memuatkan artikel berkenaan ‘kami’. Berikut adalah petikan dari laman tersebut yang boleh dibaca di sini.

“Edaran Linux boleh juga didapati di ftp://sunsite.unc.edu. Di Malaysia, beberapa penghuni Internet sedang mengusaha dan mempromosi Linux untuk kegunaan pejabat dan di rumah. Antaranya ialah http://www.my-linux.org. Anda juga boleh berIRC di tempat mereka berkumpul di #linux dan #rindu di RinduNet. Antara server IRC RinduNet ialah rindu.enemy.org:port 6667 dan news.nstp.com.my:port 6667.

Macam best je. Tapi mana nak dapat balik ye imej-imej lama tu ? Beberapa kenalan dari rangkaian lama tersebut ada yang dah ditemui semula melalui lama Facebook.

Pagi tadi cadangnya nak mendaftar kelahiran ahli keluarga baru kami. Tapi tah, aku pun tak ingat kat mana aku letakkan buku pendaftaran perkahwinan kami. Iye lah, orang lain semua guna kad, kami yang mana berkahwin kat Kelantan guna buku. Gila besar. Mana muat nak letak dalam dompet.

Semalaman malam tadi aku cari buku tersebut, tapi tak jumpa. Habis bilik stor kat atas yang aku jadikan bilik pc tu aku punggah, tapi tak juga jumpa. Lepas tu cari pula kat dalam bilik tidur, tak jumpa jugak. Yang jumpanya tah khazanah berkurun lama yang mungkin dah tak berapa berguna buat masa ni.

Seingat kami. kali terakhir buku tu digunakan adalah semasa nak pergi ke Pulau Tioman pada bulan April yang lalu. Lepas tu dah tak ingat kat mana letaknya. Ada satu tempat lagi je yang masih belum aku cari. Masa tu dah kat pukul 12 tengahari dah.

Cari punya cari, rupanya buku tersebut ada bersama dengan kad pranatal anak aku yang sulung. Nasib baik, kalau tak, lambat lagi le jawapnya nak daftar kelahiran dia.

Segala urusan lepas tu jadi senang je, pegi pejabat pendaftaran, daftar pun tak ambik masa yang lama. Ok la kan. Kat sini mana ramai orang. Nasib baik juga selesai semuanya.

Kalau tak jumpa tu, tak tahu lah aku apa nak jadi :)

Alhamdulillah. Setelah sakit sekitar jam 3 pagi, jam 6 pagi masuk wad, akhirnya pada jam 10.10 pagi, isteriku telah melahirkan anak ke 2 kami. Seperti yang dijangka sebelum ini, 2 minggu awal dari tarikh yang diberikan oleh doktor.

Nasib baik mak mertua ada kat rumah, makanya anak aku ditinggalkan dengan dia. Di sebelah tengahari, selepas selesai segala urusan di hospital baru aku balik untuk membeli sedikit barang runcit dan membawa mak mertua serta anak aku ke hospital melawat ahli keluarga baru.

Setelah berbincang mak mertua aku akan temankan wife aku malam ni di hospital, manakala aku balik tidur di rumah dengan anak. Pada awal perancangannya adalah mak mertua aku akan pergi ke rumah abang ipar kat Cheras, tapi tak jadi sebab jadi macam banyak kerja. Akhirnya aku je la balik rumah, dia pula tidur kat hospital.

Anak aku pula, macam biasa, tak ada masalah bila tinggal berdua dengan aku. Senang cerita. Dia pun dah tidur.

Pagi esok kena hantar dia ke nurseri macam biasa, sebab ada beberapa urusan nak diselesaikan, sbelum membawa isteri balik ke rumah.

Memandangkan mak mertua keluar dengan kakak Ipar aku, kami sekeluarga ke Sg Wang. Macam biasa, jalan-jalan cuci mata dengan tujuan nak beli telefon bimbit yang baru kepada mak mertua aku. Telefon yang ada sekarang, baterinya dah bermasalah.

Ada 2 telefon bimbit, 1 mak mertua punya, 1 lagi kakak ipar punya, nak ‘trade=in’ dengan telefon yang baru. Walaubagaimana pun, hanya 1 saja telefon yang diterima. 1 lagi ditolak kerana ada masalah pada papan kekunci. Akhirnya, kami kena tambah dalam RM80 lagi untuk telefon yang baru.

Semasa dalam proses mencari dan bertanya pekedai-pekedai telefon bimbit tu, kami basuh kereta kat bawah.

Harini merupakan hari rutin. Di sebelah pagi, pegi periksa perut. Lepas periksa perut, balik rumah dan layan rancangan TV yang dirakam selama seminggu lalu.

Tak ada apa yang nak di buat pun. Bosan lagi. Layan facebook kejap.

End of day.

Shutterstock Stock Photo Keyword Search:

Search Terms: