kali pertama syarikat kami mengadakan hari keluarga. buat kat pedas hot spring. secara keseluruhan ok lah, dari tak ada apa langsung. tapi malang sekali, tak dapat apa-apa lucky draw pun. dapat consolation prize je. tu pun tanak ambik mulanya.
tapi orang dah panggil, ambik la jugak kan. rekod jugak kali ni sebagai jurugambar, guna 2 sistem; nikon dengan canon. jumlah semua gambar yang di rakam dekat-dekat nak cecah 1000 jugak la. tapi bila dah buang separuh je tinggal. tu pun tak edit pun.
malas nak edit. masukkan dan lambakkan semuanya ke dalam facebook
hehe jangan terkejut. aku pun ada facebook
best gak, dapat jumpa semula kawan-kawan lama. banyak yang jumpa geng dari sekolah menengah dulu. tak sangka tu.
Share
Entries (RSS)