hari ni hujan mencurah-curah dari petang (selepas waktu makan tengahari) sampai la jam 7-8 malam masih blom berhenti. dekat pukul 8 tadi, dah renyai-renyai. ok la tu kan ? kami (aku. barchunx dengan zamri) pun gerak balik.
dah nampak jalan jem mula kat astro lagi, tapi agak just jem sebab nak ke jalan lumba kuda tu aje. makanya amek exit depan astro, singgah petronas, beli mcD, pastu pusing balik kat k4 seri petaling. pusing balik masuk jalan kl-seremban.
lepas tu, hambek kau, jem tak ingat. dari sebelum hotel mint lagi dah nampak kereta merangkak-rangkak sampai le lepas pondok tol. ingatkan ramai beratur nak masuk tol. nak lepas tol pon mau dekat 30 minit lebih.
dah lepas tol, keadaan masih tak berubah… punya la perlahan, sampai tak boleh nak masuk gear 2 langsung. baru gerak sikit, dah kena berenti. dari awal tu… sampai le ke exit kajang. dekat 2 jam tu. gila!
masa dalam perjalanan tu, perati la jugak jalan, ingatkan ada eksiden teruk ke sampai tak boleh berjalan langsung, tapi tak nampak apa pun. kat area exit UPM pun tak nampak air naik (biasa kalu ujan lebat, air naik kat situ, tinggal 2 lorong belah kanan je). dekat-dekat area exit Kajang, nampak le ada satu eksiden, tapi tak teruk pun. tapi apa benda ye ?
siut aar…
Share

Entries (RSS)