Kesan dari masalah yang berlaku di pejabat tempohari berlanjutan sehingga hari ni. Keadaan menjadi semakin baik. Alhamdulillah. Cumanya, kami terpaksa berpatah balik hingga ke keadaan yang tidak sepatutnya.
Entahlah, tak tau apa nak buat. Dah jadi buntu. Segala apa yang terfikir telah dicadangkan tetapi ditolak mentah-mentah. Hanya yang berkedudukan dapat mempengaruhi setiap keputusan. Yang lain bagai malukut di tepi gantang. Pemikiran tertutup sudah menjadi amalan sejak lama dahulu.
Takut untuk menerima pandangan dan cadangan dari akar-umbi. Bagi menjaga kedudukan, segalanya terpaksa ditolak atau mungkin cadangan yang diberikan akar-umbi tidak boleh diterima pakai kerana mencabar maruah.
Wallahualam.


Entries (RSS)