Hari ini adalah hari terakhir aku bekerja sebelum bercuti panjang untuk Hari Raya. Insya Allah kalau tak ada aral, mungkin aku akan bertolak balik kampung (Kelantan dulu) pada hari Ahad.
Masih ada beberapa urusan yang belum selesai yang mesti disiapkan sebelum balik ke kampung. Laporan mingguan kena hantar sebelum cuti, kereta kena servis, pegi balai polis untuk laporkan ketiadaan keluarga semasa cuti nanti dan beberapa aktiviti lain.
Beberapa ahli kumpulan telah bercuti hari ini. Walaubagaimana pun, keadaan persekitaran di pejabat masih rancak dengan kerja harian.
Share
Entries (RSS)