Archive for September, 2008

Hari ini adalah hari terakhir aku bekerja sebelum bercuti panjang untuk Hari Raya. Insya Allah kalau tak ada aral, mungkin aku akan bertolak balik kampung (Kelantan dulu) pada hari Ahad.

Masih ada beberapa urusan yang belum selesai yang mesti disiapkan sebelum balik ke kampung. Laporan mingguan kena hantar sebelum cuti, kereta kena servis, pegi balai polis untuk laporkan ketiadaan keluarga semasa cuti nanti dan beberapa aktiviti lain.

Beberapa ahli kumpulan telah bercuti hari ini. Walaubagaimana pun, keadaan persekitaran di pejabat masih rancak dengan kerja harian.

harini adalah hari ke 15 umat Islam berpuasa. Punya la lama nak sampai ke tarikh hari ni. Pasti hari mendatang akan terasa lama.

Angin kat luar kuat. Aku tak tido lagi. Tengah lawati laman-laman web yang sudah beberapa hari aku ketinggalan mendapatkan kemaskini. Aku segera dapatkan maklumat dari beberapa laman web yang berkaitan. Aku dapati dalam jam 1 pagi tadi, ada gempa bumi 5.4 berlaku di China.

Laman web meteorologi Malaysia pula memberikan amaran angin kencang dan hujan lebat. Dah dekat 15 minit angin ini berlaku. Dah agak reda sekarang. Hujan pula turun. Tetapi tidak lebat. Seram juga bunyi angin kuat ni tengah-tengah malam. Dengan bunyi yang pelbagai.

Diharapkan tiada perkara buruk berlaku.

Siang tadi terjumpa link untuk action Photoshop. Jadikan imej macam ambik gambar guna iR filter. Gambar macam kat header atas tuh (kalau takde, klik tajuk iR mania ni). Teringat pula iR filter yang aku pesan nak beli dengan member. Masih lagi tak jumpa-jumpa dengan dia  untuk ambil filter tersebut.

Harap-harap dia tak jual lah filter tu kat orang. :) abah, jangan lupa filter aku :)

Hari ini merupakan hari ke 3 umat Islam Malaysia berpuasa. Hari ini juga kami kena buat kerja berat; kene angkat rak peralatan dari tingkat bawah ke tingkat atas sebanyak 2 unit. Nasib baik jaraknya hanya satu tingkat, tapi berat lah juga kan.

Apa-apa pun kerjasama dari pelbagai pasukan adalah amat dihargai. :)

Shutterstock Stock Photo Keyword Search:

Search Terms: