>

Archive for April 20th, 2008

Semakin hari aircon kereta aku semakin tidak rasa sejuknya. Ia hanya berlaku di siang hari. Walaubagaimanapun, sebelah malam pula terasa kesejukannya. Aku dah tak tahan sangat, takut nanti ada barang lain yang rosak, jadi petang tadi selepas kerja, aku terus ke kedai aircond bagi memeriksa apakah yang menyebabkan ia tidak sejuk.

Dalam kepala dah terbayang-bayang kemungkinan ‘coil’ rosak dan terpaksa menggantikannya semula seperti yang aku buat tahun lepas. Alhamdulillah, yang rosak hanya kipas aircond saja yang tak berputar. Motornya menjadi lemah, ye lah, dah 7 tahun berkhidmat tanpa henti.

Aku bernasib baik kerana benda ni sebenarnya dah berlaku agak lama, sejak bulan 2 lagi masa kami balik kampung. Nasib baik tak ada bahagian-bahagian lain yang rosak disebabkan motor tak berfungsi ni. Kalau tidak, terbang lagi la $$$. Dah la nak pegi bercuti pulak tu lepas ni.

Share
Shutterstock Stock Photo Keyword Search:

Search Terms: