>

Archive for March, 2008

Keputusan pilihanraya kali ini amat memeranjatkan. Walaubagaimanapun, aku telah menjangkakan perkara sebegini pasti akan terjadi akhirnya.

Share

Aku habis bekerja jam 9.00 pagi. Tetapi hanya balik ke rumah hampir jam 11.00 pagi ;)

Makanan sepatutnya sampai pukul 8.00 tapi pukul 9.00 masih belum nampak bayang penyedia makanan. Duit lebihan beli makanan malam tadi aku kirimkan pada geng untuk belikan roti canai. Sedang elok diaorang keluar beli roti canai, sarapan pagi pun sampai.

Balik ke rumah, mandi-mandi bersiap dan terus keluar mengundi dengan wife. Ingatkan nak tidur, tetapi tak boleh sebab diganggu oleh MND. Kena layan dia jugak.

Syif aku untuk hari ini bermula jam 7.00 petang. Ini adalah waktu yang mendebarkan kerana pada saat dan ketika inilah keputusan pilihanraya akan dimasukkan ke dalam laman web.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat keputusannya nanti.

Share

Episod sibuk yang bermula awal minggu telah menjadi “ultra sibuk” hari ini. Kami yang terlibat dengan Pilihanraya dipaksa turun ke “bilik gerakan”.

Keadaan  yang sesak begitu merimaskan. Aku tak suka kalau terlampau sesak.

Jika diikutkan aku boleh balik jam 5.30 petang tadi, tetapi disebabkan masalah teknikal, maka terpaksalah tunggu hingga ke pukul 8.30 malam. Dah lah pagi tadi ada kerja-kerja penyelenggaraan yang perlu kami buat. Patutnya mula jam 3.00 pagi, pukul 1.30 wife dah kejut dah. Nak dijadikan cerita, bole pula sambung tidur kat ruang keluarga kat luar.

Sedar-sedar jam dah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Apa lagi, jadi “Charlie Chaplin” la. Bila masuk bilik, wife tanya “dah balik ke?” mana ada, pergi pun belum, macam mana nak balik.

Keluar rumah dah jam 2.45, dan memang tak boleh sampai pejabat jam 3.00 tepat. Tapi sipi-sipi jam 3.10 dah sampai dan kami mula kerja penyelenggaraan dalam pukul 3.30 pagi. Kami selesai kerja penyelenggaraan jam 5.30 pagi, balik rumah je dah pukul 6.00 pagi. Tidur kejap, kemudian terus ke pejabat.

Ni mata dah mengantuk sangat, tapi lepas ni nak kena terus ke pejabat untuk syif jam 12.00 malam hingga 9.00 pagi. Anak pula tak nak tidur; nak tak nak terpaksa ditinggalkan.

Share

Hari ni, penyedia perkhidmatan selular, Celcom datang ke pejabat kami bagi menguruskan pendaftaran akaun talian telefon bimbit. Pakej yang ditawarkan adalah murah di mana komitmen bulanan adalah sebanyak RM48. Kami yang berkelayakan untuk mendapatkan “claim” diwajipkan bertukar ke pakej ini. Di dalam pakej ini kami menikmati panggilan suara dan video percuma di antara rakan sepejabat.

Dengan setiap pendaftaran baru, kami akan menerima sebuah telefon bimbit percuma samada berjenama NOKIA atau MOTOROLA.

Share

Harini sengaja aku lalu jalan Besraya untuk ke pejabat. Ini disebabkan aku keluar rumah agak lewat dan terpaksa menghantar isteri ke Stesen Putrajaya Sentral.

Semasa berada di kawasan Sungei Besi, kelihatan banyak bendera yang dipasang bagi tujuan Pilihanraya yang bakal tiba.

Tetapi tiada poster-poster yang menarik.

Sewaktu makan tengahari di kawasan Sri Petaling, kelihatan poster-poster yang berlawanan di antara parti yang bertanding bagi kawasan tersebut. Malangnya aku tak bawa kamera bagi merakamkan gambar poster tersebut.

Share
Shutterstock Stock Photo Keyword Search:

Search Terms: