Kepada kalangan pengunjung yang beragama Budha, selamat menyambut tahun baru cina.
Aku hari ni terpaksa datang ke pejabat kerana ada pelanggan yang ingin melaksanakan proses simulasi ‘Disaster Recovery’.
Pada peringkat permulaan, semuanya berjalan lancar di mana kami di pejabat dapat melaksanakan proses yang kami perlu lakukan. Walaubagaimanapun, simulasi terhenti seketika kerana masalah rangkaian di pihak pelanggan.
Makan tengahari tadi di McDonalds sahaja. Malas nak mencari kedai makan lain yang sudah semestinya ditutup dan kemungkinan besar menyakitkan hati (ye lah, dah pegi sana, kedai tutup, nak patah balik semula)
Pada sebelah petang, aku pegi kat kawasan Masjid Putrajaya. Aku baru ketahui bahawa di bahagian bawah jambatan di antara kawasan Boulevard menghala ke Masjid Putrajaya ada jalan dibawahnya. Ia dijumpai secara tidak sengaja apabila aku turun dari tangga yang ada di sebelah jambatan tersebut.
Share

Entries (RSS)