Lebuhraya berkenaan telah dibuka pada 13 Disember yang lalu kepada semua jenis kenderaan. Tadi siang, kami telah ke pusat membeli belah IT terkemuka di bandaraya KL. Tujuannya untuk membeli sebuah komputer bimbit bagi kegunaan seorang ahli keluarga.
Dalam perjalanan balik, kami mencuba Lebuhraya KL – Putrajaya. Perjalanan amat mudah kerana tidak banyak kenderaan yang melaluinya lagi. Masa yang diambil dari susur keluar Terowong SMART sehingga plaza Tol Putrajaya adalah lebih kurang 25 minit (pandu perlahan).
Perjalanan begitu cepat kerana dapat mengelakkan kesesakan yang biasanya berlaku dari susur keluar terowong SMART sehingga ke persimpangan Seri Petaling dan juga selepas Plaza Tol Sungai Besi.
Boleh lah cuba lagi bila balik kerja esok

Entries (RSS)