Archive for December, 2007

Harini adalah hari terakhir aku bekerja sebelum bercuti selama beberapa hari. Kepada yang menyambut Krismas, Selamat Hari Natal buat anda.

Kepada yang bercuti panjang, selamat bercuti dan ingat-ingatlah kerja yang menanti selepas cuti nanti :)

Pelayan ini akan dimatikan beberapa minit sebelum aku berangkat balik ke kampung. Sekiranya anda tidak boleh melayari laman ini selepas ini, bermakna pelayan telah dimatikan untuk ‘berehat’ selama beberapa hari.

Pelayan akan dihidupkan semula sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam bilik ’server’ yang tidak seberapa ini. Kemungkinan besar pada 26 Disember nanti.

Aku akan mula bekerja semula pada 27 Disember.

Di sini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh Umat Islam yang membaca laman ini.

Kepada mereka yang melakukan Ibadah Korban, pegang tali kuat-kuat, nanti lembu lari :)

Kepada mereka yang beraya di perantauan macam aku ni, apa aktiviti korang selepas Solat Sunat Aidiladha ?

Kepada mereka yang masih belum memesan gambar yang hendak saya tolong cetakkan, anda masih boleh melakukan demikian dengan melayari laman http://home.my-penguin.org/~khairul/order.html

Anda boleh merujuk laman http://pics.my-penguin.org bagi memilih gambar yang ingin anda dapatkan dalam bentuk cetakan bersaiz 4R

Segala maklumat lanjut bolehlah berhubung terus dengan saya melalui laman ini ataupun melalui email saya.

Dalam perbuatan / percakapan @ apa sahaja seharian kita hendaklah sentiasa beringat. Langit tak selalunya biru. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

 Budaya tikam belakang payah untuk dikikis di persekitaran kerja yang mana majoriti pekerjanya adalah kaum Melayu. Bukan nak menjatuhkan orang / bangsa Melayu, tetapi itulah hakikatnya. Dalam pada kita membantu sesiapa seseorang yang memerlukan pertolongan/bantuan, kita harus berjaga supaya diri kita tidak ditikam dari belakang. Sekiranya ini berlaku, amatlah menyakitkan. Ada pula ‘nasi tambah’ lagilah menjadi.

Dalam pada kita berwaspada, kadang-kadang kita tidak dapat mengelak sedikit sebanyak pasti ada tempias yang terkena kita. Jadi, dengarlah nasihat orang yang lebih mengenali seseorang itu dan berwaspadalah.

Kadang-kadang kita tidak sedar, rakan yang kita sangka kita boleh percayai menikam kita dari belakang. Tambah pula mereka yang mempunyai jawatan. Walaubagaimanapun, perkara ini telah berlalu, maka apa yang perlu dilakukan sekarang adalah berwaspada dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Niat kita yang baik, tak semestinya dibalas dengan baik.

Tetapi itulah yang berlaku seperti yang dilaporkan di dalam salah sebuah akhbar di sini. Kalau nak ikutkan, kelakar pun ada, kasihan pun ada. Tapi, entahlah. Manusia sekarang makin biadap dan pentingkan diri sendiri.

Mari renung sejenak.

Shutterstock Stock Photo Keyword Search:

Search Terms: