Pagi tadi bos aku bagi satu brosur bagi satu kursus yang berkaitan dengan kerja aku. Bond aku dengan syarikat aku bekerja sekarang ni akan berakhir pada bulan Disember nanti.
Sekiranya aku mengikuti kursus ini, kemungkinan akan cerahlah peluang untuk aku menyambung bond yang sedia ada selama 6 bulan lagi. Peluang untuk bertukar tempat kerja juga terpaksa ditangguhkan lagi selama 6 bulan.
Jika nak diikutkan, sudah ada 2 kursus yang aku ikuti sebelum ini. Ini bermakna aku telah menangguhkan peluang aku selama 1 tahun. Adakah aku sanggup untuk berdepan dengan apa yang ada sekarang ini bagi 6 bulan yang akan datang ?
Bersediakah aku untuk menyahut cabaran di tempat lain ? Kenapa macam ni ? Sekarang ni aku telah sampai tahap GM di dalam bidang yang aku ceburi. Sesuatu perlu dilakukan jika aku mahu ada pergerakan di dalam kerjaya aku. Jika tidak, kemungkinan untuk berada di tahap sekarang ini selamanya adalah cerah.
Aku perlukan anjakan dalam kerjaya untuk menikmati kenaikan gaji dan sebagainya. Mampukah aku berada di tahap ini bagi tahun-tahu mendatang? Atau adakah peluang padaku untuk berlakunya anjakan tersebut ?
Share

Entries (RSS)