` Entah Apa - Apa ยป Sarikata >

Dah lama aku buat kerja muat turun siri TV dari internet. Tiba-tiba terfikir pula nak cari sarikata sekiranya ada. Ada dalam bahasa Inggeris pun jadilah. Sekurang-kurangnya dapat faham struktur ayat yang mereka pertuturkan.

Nampak gayanya apa yang dicita ada merata-rata laman web. Aku muat turun beberapa sarikata bagi siri TV House MD. Setelah dicuba, nampak gayanya boleh digunakan.

Aku teruskan lagi mencari seberapa banyak sarikata bahasa Inggeris yang ada bagi beberapa siri TV lain yang telah aku muat turun sebelum ni.

Dalam pada itu, ada juga sarikata yang tidak menepati cerita yang aku ada. Sesetengahnya, sarikata keluar lambat dari apa yang dipertuturkan, setengahnya pula keluar cepat. Yang lebih sakit hati, ada juga sarikata yang berbahasa selain bahasa Inggeris. Hampeh.

Tapi aku gigihkan usahaku untuk mencari sebanyak mungkin sarikata yang ada. Projek menyalin siri TV dari cakera keras luaran aku hentikan terlebih dahulu. Aku hanya akan menyambung projek menyalin tersebut setelah aku berpuas hati dengan sarikata yang aku muat turun.

Share

Leave a Reply

Shutterstock Stock Photo Keyword Search:

Search Terms: