Balik dari pejabat hari ni, aku singgah kat Seri Serdang untuk membuat jajaran tayar. Kalau kelajuan kereta dah mencecah 120KM/J ke 140KM/J, rasa bergegar satu badan. Kadang-kadang sampai bengang kat telinga.
Tak pernah lagi buat kat kedai di kawasan ni. Tapi cuba je lah satu kedai yang kat depan pusat Perodua tu. Budak yang buat kerja tu, nampak macam tak pakar aje. Sahih, nanti mesti terbang je duit servis nanti ni.
Lepas buat jajaran tu, aku cuba-cuba juga bawak laju. Terasa berat je tayar/stereng waktu nak pulas. Gegaran masih ada, tetapi kurang sikit lah dari sebelum ni. Tapi bila nak bawak laju, rasa macam berat. Hmmm terbang RM20.
Nanti lah, balik raya nanti buat kat kampung je.
Share

Entries (RSS)