Harini dah plan awal-awal nak pergi shopping kat Mid Valley. Cadangnya pukul 10 dah ada kat sana, tapi macam biasalah. Payah sikit nak rancang-rancang ni bila ada anak. Tapi takpe, ini boleh jadi satu pengajaran
Hampir setengah hari juga kat sana, cari baju raya untuk anak. Lepas tu pusing-pusing sekejap.
Aku ada bawak juga CD Changer yang bermasalah untuk dihantar ke Pusat Servis SONY. Jumpa kedai SONY kat Mid Valley tuh, tapi dia tak nak terima untuk diperbaiki. Katanya kalau nak servis, kena pergi ke Pusat Servis (yang mana hanya dibuka pada hari bekerja sahaja). Masalah betul lah kalau macam ni, apa salahnya terima saja barang yang nak diperbaiki dan hantar ke pusat servis apabila dibuka nanti.
Dalam perjalanan balik, aku buat sedikit perubahan dalam perjalanan
Pergi ke Berjaya Time Square untuk menghantar CD Changer tersebut di keday SONY Style yang ada di sana.
Nasib baik diterima. Barang tersebut akan dihantar ke pusat servis dan bayaran bagi servis akan diberitahu kelak. Sekiranya tidak berminat, caj minima RM20 akan dikenakan. Kira OK lah tu kan ? Tak apa. Kita tengok macam mana nanti keputusannya.
Share

Entries (RSS)