Archive for September, 2007

Petang tadi aku membuat kalibrasi bunyi set “Home Theather” yang dah lama tak digunakan. Payah betul nak set bunyi surround. Dah habis ikhtiar dah, akhir sekali aku kurangkan bunyi yang dikeluarkan pembesar suara di depan. Pembesar suara di belakang pula dikuatkan bunyinya.

Untuk memuaskan hati, lagu “Hotel California” yang dirakamkan secara “DTS” semasa konsert kumpulan “Eagles” aku mainkan. Rasa sehingga menusuk ke dalam dada.

Nanti bila ada kesempatan baru aku cuba pasangkan DVD cerita pula untuk menilai bunyinya.

Seperti yang telah dirancang, harini keluar ke KL bagi menghantar telefon wife aku yang menghadapi masalah. Kami keluar seawal jam 9 pagi bagi mengelakkan kesesakan yang mungkin berlaku di kawasan tersebut.

Kami pegi Jalan Tuanku Abdul Rahman dulu sebelum ke Plaza Berjaya. Tujuan ? Dah nak raya ni, rambut kenalah kemas. Pegi gunting rambut lah. Bukan apa, sebab dah biasa kat sana. Lepas tu baru pegi Plaza Berjaya.

Lepas tu singgah pula kat Berjaya Time Square, ambil CD Changer yang dihantar tempohari. Boleh tahan lah juga kos membaikpulihnya. RM195 berbanding dengan RM285 pada awalnya semasa mereka membuat anggaran.

Hari ahad haritu aku ada pergi ke Sungei Wang. Tujuannya nak servis telefon wife yang tak boleh menggunakan set fon kepala yang diberi. Malangnya proses yang akan dilalui mengambil masa yang lama, jadinya tak di servis lah telefon tu.

Singgah di Plaza Low Yat, tengok ada cerita melayu dalam bentuk DVD. Beli cerita Kabhi Khushairy Kabhi Igam dengan cerita Waris Jari Hantu.

Balik dari kerja tadi, aku layan cerita Kabhi Khushairy Kabhi Igam tu. Ternyata mutu filem tersebut jauh dari baik. Penataan cahaya yang begitu teruk, adunan suara  yang tidak sejajar dengan gambar dan beberapa lagi keadaan yang aku rasa tidak boleh diterima untuk menjadikannya satu cerita yang baik :(

Rasa macam rugi aje beli. Tapi jalan cerita boleh tahan la. Secara keseluruhan cerita agak membosankan. Aku tertidur beberapa kali semasa menonton cerita ni.

Ada satu lagi cerita yang aku belum tonton. Aku cuba tonton nanti dan buat perbandingan.

Dah lama aku buat kerja muat turun siri TV dari internet. Tiba-tiba terfikir pula nak cari sarikata sekiranya ada. Ada dalam bahasa Inggeris pun jadilah. Sekurang-kurangnya dapat faham struktur ayat yang mereka pertuturkan.

Nampak gayanya apa yang dicita ada merata-rata laman web. Aku muat turun beberapa sarikata bagi siri TV House MD. Setelah dicuba, nampak gayanya boleh digunakan.

Aku teruskan lagi mencari seberapa banyak sarikata bahasa Inggeris yang ada bagi beberapa siri TV lain yang telah aku muat turun sebelum ni.

Dalam pada itu, ada juga sarikata yang tidak menepati cerita yang aku ada. Sesetengahnya, sarikata keluar lambat dari apa yang dipertuturkan, setengahnya pula keluar cepat. Yang lebih sakit hati, ada juga sarikata yang berbahasa selain bahasa Inggeris. Hampeh.

Tapi aku gigihkan usahaku untuk mencari sebanyak mungkin sarikata yang ada. Projek menyalin siri TV dari cakera keras luaran aku hentikan terlebih dahulu. Aku hanya akan menyambung projek menyalin tersebut setelah aku berpuas hati dengan sarikata yang aku muat turun.

Tadi semasa dalam perjalanan balik dari membeli barang-barang keperluan, kami ternampak kemalangan berlaku di depan kami. Ia melibatkan sebuah motorsikal ditunggang seorang perempuan dan anaknya. Rasanya penunggang tersebut cuba mengelakkan seorang pekerja Alam Flora yang sedang memasang kon di kawasan tersebut.

Kanak-kanak yang membonceng terpelanting dan terus berdiri, manakala penunggangnya terduduk di sebelah motorsikal tersebut memegang kakinya. Kemungkinan patah. Kami tak berhenti pun kerana kereta di hadapan kami telah berhenti untuk menolong (mungkin). Salahkah aku tak berhenti dan membantu ?

Hmm… kesian kanak-kanak tersebut. Menangis, mungkin kerana terkejut dan sakit. Kesian juga kepada penunggangnya.

Di kawasan tempat aku tinggal ni, memang selalu ada benda-benda pelik yang berlaku. Pada kebiasaannya, orang akan meletakkan kon agak jauh dari kawasan bekerja bagi mengelakkan orang melanggar mereka yang sedang bekerja. Tetapi di sini, kon diletakkan betul-betul di kawasan mereka yang sedang bekerja. Selalunya di kawasan selekoh yang selalunya melindungi penglihatan pemandu yang lalu di kawasan tersebut.

Tidakkah ada orang yang memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan dari berlakunya kemalangan ? Atau, ini sudah menjadi lumrah, tidak mengapa sehinggalah terjadinya sesuatu yang tidak diingini. Macam mana ?

Shutterstock Stock Photo Keyword Search:

Search Terms: