Hari ini adalah pertunjukan dan pertandingan bunga api bagi malam kemerdekaan. Pada awalnya disangka ia akan bermula seperti biasa, pada pukul 10, tetapi mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai yang mana ia hanya akan bermula pada jam 12 malam.
Nasib baik tak melulu pergi awal selepas maghrib. Kami keluar rumah hampir jam 10 malam. Dan tiba lebih kurang 15 minit kemudian. Tempat yang tidak pernah kami singgah sebelum ini, lebih ke hadapan dari kawasan sebelumnya. Pemandangan agak terhad kerana wujud pokok-pokok besar, tetapi tiada kolam takungan untuk mendapat pantulan bunga api di dalamnya.
Walaubagaimanapun, kawasan tersebut adalah strategik bagi kami kerana tak banyak gangguan dari orang ramai.
Malangnya perjalanan balik ke rumah amat terganggu kerana jalan yang amat sesak dengan kenderaan yang dinaiki mereka yang datang lebih awal untuk menyaksikan pertandingan/pertunjukan bunga api tersebut.
Jarak perjalanan yang tidak sampai 10KM mengambil masa hampir 1 jam.

Entries (RSS)